Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, December 6, 2012

Demi selamatkan karier




SAFEE (kiri) dan Zakaria ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya malam kelmarin.


PENYERANG Harimau Malaya, Safee Sali berkata, keputusannya menyertai Johor musim depan adalah untuk menyelamatkan kariernya dalam arena bola sepak.
Safee berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya juga mendorong dia memilih untuk menyarung jersi skuad Harimau Selatan itu.
"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara... saya terima dan hormati cara mereka.
"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga musim depan," kata Safee ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya malam kelmarin.
Safee kini berada di Wisma FAM bersama skuad Harimau Malaya dalam persediaan menghadapi aksi separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 menentang Thailand.
"Dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, skuad Johor akan muncul sebagai pesaing hebat dalam memburu kejuaraan pada saingan Liga Super musim depan," jelasnya yang menyertai Johor secara pinjaman selama setahun.
Kelmarin, Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan bahawa bintang kelab Arema Indonesia itu telah menandatangani perjanjian kontrak dengan disaksikan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Wisma FAM.
Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim menegaskan, semua pihak tidak harus menjadikan perpindahan Safee ke Johor sebagai satu isu sehingga mampu menjejaskan fokus pemain berusia 28 tahun itu bagi menghadapi kempen Piala Suzuki AFF 2012.
Zakaria percaya pihak pengurusan PBNJ akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu selepas berakhirnya kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 nanti.
"Kita seharusnya bagi ruang kepada Safee. Lagipun, saya mahu elakkan kenyataan bercanggah dengan PBNJ.
"Saya yakin Johor yang kini dikenali sebagai Darul Takzim FC akan membuat pengumuman rasmi nanti. Kita tunggu dan lihat sahaja," kata Zakaria semalam.
Beliau turut berharap peminat bola sepak tanah air menghormati keputusan Safee berhijrah ke Johor selain mahu menjaga hati semua pihak.
"Saya dan Safee perlu menjaga hati semua pihak termasuk jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal.
"Seperti yang saya katakan tadi, kita beri ruang dahulu kepada Safee untuk mempamerkan aksi lebih cemerlang bersama skuad negara," katanya.

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce