Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Monday, October 1, 2012

kejutan SPURS


MANCHESTER: Pengurus Tottenham, Andre Villas-Boas menjangkakan sesuatu yang ‘hebat’ akan dilakukan pasukannya selepas mereka mencipta kejutan ke atas Manchester United dengan kemenangan 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris semalam.
Gol jaringan Jan Vertonghen, Gareth Bale dan Clint Dempsey menyaksikan Spurs melakar kemenangan pertama di Old Trafford dalam tempoh 23 tahun dan kemenangan pertama mereka ke atas skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu dalam 27 kali percubaan sejak Mei 2001.

Selepas permulaan yang kurang memberangsangkan sejak Villas-Boas menerajui White Hart Lane, tiga kemenangan berturut-turut yang direkodkan setakat ini membolehkan Spurs melonjak ke tempat kelima sekali gus memberikan kelegaan buat pengendali Portugal itu.
“Kami beraksi cemerlang hari ini (semalam),” kata Villas-Boas selepas kemenangan mendebarkan semalam. “Semua pemain menunjukkan kesungguhan, keinginan untuk menang sejak permainan bermula.

“Bila anda melihat pasukan yang begitu mahukan kemenangan, anda pasti yakin mereka akan melakukan perkara yang hebat tahun ini. Itu perkara yang paling penting kami pelajari malam ini (semalam).

“Semua pemain yakin boleh mencipta kemenangan di sini dan pada separuh masa pertama dan kedua mereka menunjukkan keinginan meskipun dalam cara yang berbeza.
“Pada babak pertama kami menyerang dan menguasai bola. Pada babak kedua, kami bertahan,” tambah Villas-Boas yang kini berusia 34 tahun.





“Ini malam sungguh istimewa buat kami,” kata Villas-Boas yang dipecat oleh Chelsea sebelum musuh ketat London Spurs itu memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.
Kekalahan itu yang pertama dialami United di laman sendiri pada kempen baru ini sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan empat mata dengan pendahulu Chelsea.

Pengurus United, Ferguson berang kerana mereka sekurang-kurangnya dihadiahkan dua sepakan penalti terutama ketika Vertonghen memegang Nani pada babak pertama.

Bagaimanapun pengadil, Chris Foy menganggap pemain sayap itu sekadar menjatuhkan diri sendiri dan Ferguson bersetuju dengan keputusan pengadil itu.

“Saya fikir kami sepatutnya diberikan beberapa sepakan penalti,” katanya. “Kami memang layak mendapat penalti pada babak pertama tapi mungkin Nani sengaja menjatuhkan diri. Dia tidak perlu melakukan perkara seperti itu.” - AFP
                                                   

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce