Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Monday, October 1, 2012

Mangga pilihan utama orang kita


TAHUKAH anda mangga menjadi buah paling digemari rakyat Malaysia diikuti anggur, tembikai, epal dan buah naga?
Menerusi kaji selidik MBG Yes Fruits sempena Hari Satu Malaysia baru-baru ini, kajian membabitkan 5,326 rakyat Malaysia menunjukkan mangga menduduki tempat teratas menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan 64 peratus, diikuti anggur 58 peratus, tembikai 53 peratus, epal 50 peratus dan buah naga 47 peratus. 


Raja buah iaitu durian menduduki tempat keenam dengan 46 peratus manakala buah yang kurang dikenali, difahami dan kurang diterima ialah pisang kaki dengan 23 peratus dan ‘buah berbiji keras’ seperti plum, dan nektarin 25 peratus.

Menurut Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee, mangga menjadi pilihan kerana buahnya yang manis, berair, harum dan boleh didapati dalam pelbagai jenis.

Tembikai menduduki tempat ketiga kerana ia menyejukkan dan menghilangkan dahaga, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas di negara kita. Epal di tempat keempat kerana ia menjadi buah kegemaran semua orang dan bagus untuk melawan penyakit seperti selesema. Tambahan pula terdapat lebih 10 jenis epal untuk dinikmati atau dibuat jus. Buah naga melengkapkan senarai lima buah paling digemari. Walaupun baru ‘ditemui’ beberapa tahun lalu, buah ini semakin disukai kerana rupanya yang menarik dan khasiatnya yang terbukti secara saintifik.

“Mangga disukai kerana keharuman dan isinya yang manis. Anggur kaya antioksidan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan Paling digemari ialah anggur tanpa biji. Pendek kata, rakyat Malaysia gemarkan buah-buahan manis, berair dan tidak terlalu sukar dikupas seperti mangga, anggur, tembikai, epal dan buah naga. Buah-buahan paling digemari ini juga sangat berkhasiat dan ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih mementingkan kesihatan,” kata Adnan.

Pemilihan durian sebagai keenam popular berbanding buah-buahan lain memperlihatkan masyarakat yang lebih mementingkan kesihatan, sesetengah responden pula menyatakan mereka hanya makan durian sekali-sekala kerana buah ini terlalu mengenyangkan, menggemukkan dan ‘panas’ terutama ketika cuaca panas.

Buah-buahan seperti pisang kaki dan plum kurang popular kerana dianggap mahal dan terlalu cepat masak.

Namun nasihat Adnan, orang ramai patut makan lebih banyak pisang kaki kerana ia kaya nutrien lebih-lebih lagi pisang kaki dari Korea yang lazat, rangup, manis dan hanya boleh didapati pada Oktober dan November pada harga yang sangat berpatutan. Plum juga kaya antioksidan dan baik untuk kesihatan.

Hasil tinjauan ini menunjukkan rakyat Malaysia mementingkan kesihatan dan tidak lupa mengambil buah-buahan dalam menu harian mereka. Kira-kira 56 peratus rakyat Malaysia makan buah setiap hari dan 37 peratus makan buah sekurang-kurang dua hingga tiga kali seminggu. Sebanyak 81 peratus pula makan buah-buahan untuk menjaga kesihatan manakala 13 peratus makan buah-buahan sebagai snek. Hanya sebilangan kecil makan buah untuk kecantikan dan tenaga.

Hasil tinjau selidik ini juga menunjukkan rakyat Malaysia membeli buah-buahan disebabkan kualiti dan kesenangan.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce