Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Tuesday, September 25, 2012

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN AKAN DILAKSANAKAN DALAM MASA TERDEKAT


Apa itu GST ?
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%)
dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.

Mengapa GST perlu dilaksanakan?
Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:-    
Cukai terselindung
Kesan:  cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada
pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin
keuntungan.
Cukai bertindih
Cukai bertindih (double taxation) berlaku di dalam dua keadaan iaitu:-
1. Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di
bawah cukai perkhidmatan.
Kesan:  Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai
perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna.
2. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan
cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan
merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan
dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST ?
Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.
Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayursayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan
berkadar sifar). Rujuk Jadual 1.Selain daripada itu, barang dan perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.

Apakah perkhidmatan yang tidak dikenakan GST?
Perkhidmatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 2 dan Jadual 3.

Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung 
aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan?
Pengguna juga boleh memainkan peranan di dalam membendung aktiviti pengambilan
keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:-
 membuat perbandingan harga sebelum berbelanja;
 sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna;
 melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang
berwajib atau persatuan pengguna; dan
 berbelanja secara berhemah.
Pandangan bahawa mereka yang tidak membayar cukai penggunaan pada masa sekarang terutamanya golongan miskin perlu membayar cukai penggunaan apabila GST dilaksanakan.Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan. Sebagai contoh bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada 4%, beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka. Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%. Berdasarkan kajian tersebut, GST yang dikenakan pada kadar 4% akan dapat mengurangkan harga bagi lapan (8) komponen IHP iaitu:-
pelbagai barangan dan perkhidmatan;
 restoran dan hotel;
 komunikasi;
 pengangkutan;
 hiasan, perkakasan & penyelenggaraan;
 perumahan, air, elektrik, gas & bahan api;
 pakaian dan kasut; dan
 minuman alkohol dan tembakau. .


Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?
Kategori Deskripsi
Barang Makanan
(Foodstuff)
a. Beras & padi – semua jenis beras dan padi termasuk beras pulut, beras perang
dan beras hancur
b. Gula – semua jenis gula kecuali gula kastor dan gula ising
c. Tepung – tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung attar,
tepung ubi dan tepung sagu kecuali tepung jagung dan    
sepertinya
d. Minyak masak – semua jenis minyak masak kecuali minyak bunga matahari,
minyak jagung, minyak bijan, minyak zaitun
e. Garam – garam makan termasuk garam bukit
f. Sayuran – semua jenis sayuran seperti termasuk kentang, tomato,
bawang, bawang putih, timun, lobak, keladi, keledek, ubi kayu,
jagung dan dal
g. Rempah ratus – termasuk lada hitam, buah pala, kulit kayu manis, halia, asam
jawa, serbuk kari
Jadual 1: Senarai barang yang tidak dikenakan GST
(pembekalan berkadar sifar)Kategori Deskripsi
Binatang hidup, daging binatang dan organ dalaman binatang
– seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, Ikan dan isi ikan – semua jenis ikan kecuali ikan   hiasan dan ikan untuk umpan
– semua jenis isi ikan yang diproses (segar, jeruk atau kering)  kecuali sirip yu
Kerang – termasuk udang kara, ketam dan udang
Molluscs – termasuk sotong, siput
Telur burung – ayam dan itik
Lain-lain – anak ayam, anak lembu, anak khinzir and jejari ikan kecuali benih sayur
Bekalan elektrik – bekalan elektrik kepada pengguna domestic untuk 200 KWH yang pertama
Bekalan air – bekalan air kepada pengguna domestic 35 meter padu yang pertama kecuali distilled water, de-ionised water, oxygenised waterdan air mineral
Barangan yang dibekal di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan
– barang yang dibekalkan dari pasaran tempatan kepada peserta skim tersebut
Kawasan Yang Ditetapkan
– bekalan barang ke Kawasan Yang Ditetapkan (Langkawi, Labuan dan Tioman)
Eksport – semua barang yang dieksport samada melalui, darat, pelabuhan dan lapangan terbang
Deemed export – barang yang dibekal dari PCA ke kawasan yang ditentukan termasuk ke kawasan FCZ yang terletak di luar pelabuhan dan lapangan terbang
– barang yang dibeli oleh peniaga asing tetapi dibekal di dalam negara di bawah skim Skim Pengilang Tol Diluluskan
Ship stores – semua jenis barang untuk tujuan ship stores
– semua jenis barang bagi tujuan alat ganti atau perlatan yang digunakan di dalam pelayaran dan penerbangan
Jadual 1: Senarai barang yang tidak dikenakan GST (sambungan)
(pembekalan berkadar sifar)Jadual 2: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST
(pembekalan yang dikecualikan)
Kategori Deskripsi
Pengangkutan penumpang(tempatan)
– pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail)
– kapal, bot dan feri
– bus ekspress, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah dan bas feeder
– teksi dan kereta sewa
- perkhidmatan ambulanPerkhidmatan kesihatan – perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta
Perkhidmatan pendidikan
– aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan
swasta
– kantin di sekolah rendah dan menengah
Bekalan tanah dan rumah kediaman
– pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri
– jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumak kos rendah dan sederhana
– jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian
– tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan    
Kerajaan atau tanah kubur
Bekalan emas – Bekalan emas untuk tujuan pelaburan
– Bekalan emas tulen dari  refiner kepada pembeli pertama untuk tujuan pelaburan
Perkhidmatan kewanganBank
– pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman, pendahuluan, overdraf dan lain-lain kemudahan kredit
– pulangan dari uruseniaga pelaburan seperi dividen kasar dan keuntungan dari pelupusan asset kewangan Syarikat insuran
– premium insuran nyawa dan keluarga
Firma Broker Saham
– penjualan semula ‘share buy back programme’Kategori Deskripsi
Eksport – perkhidmatan yang dilaksanakan di luar Malaysia
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung yang berkaitan dengan tanah atau apa-apa pembaikan yang terletak diluar Malaysia
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dieksport
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dimilki oleh orang di luar Malaysia
– perkhidmatan pembaikan yang dijalankan di kawasan FCZ Pengangkutan antarabangsa
ancillary services
– pengangkutan penumpang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
– pengangkutan barang dengan menggunakan kapal atau  kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
– ancillary services (termasuk punggah masuk, punggah keluar, insuran, dan freight forwarding Kawasan Ditetapkan – perkhidmatan dibekalkan ke Kawasan Ditetapkan
Perkhidmatan pelabuhan dan lapangan terbang
– perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang seperti pilotage, towage, surveying classification, pembaikan dan penyelanggaraan kapal, broking dan perkhidmatan pengurusan
Telekomunikasi – perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan di Malaysia kepada kawasan di luar
Malaysia
– perkhidmatan roaming antarabangsaAgen Skim Bayar Balik Pelancong
– perkhidmatan yang disediakan oleh agen Skim Bayar Balik PelancongPerkhidmatan yang di sediakan oleh kelab, persatuan, kesatuan dll
– kemudahan yang dibekalkan oleh kelab, persatuan,        
kesatuan, persatuan professional kepada ahli mereka
Jadual 3: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST
(pembekalan berkadar sifar)
* Sumber: Kementerian Kewangan (MOF) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce