Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Monday, October 1, 2012

Jaga kaki seawal usia 20-an


SIHAT...antara senaman otot yang boleh dilakukan di mana saja.
SIHAT...antara senaman otot yang boleh dilakukan di mana saja.
WALAUPUN pemakaian kasut tinggi yang menjadi kegemaran kaum wanita tidak baik untuk kesihatan kaki, keadaan berkenaan sukar dibendung kerana sikap lebih mementingkan gaya dan mahu tampak menawan serta seksi biarpun merana menanggung kesakitan.
Pemakaian kasut tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kaki termasuk tekanan dan kecacatan bentuk kaki yang boleh memberi kesan tidak langsung kepada keseluruhan kesihatan tubuh termasuk di bahagian tulang belakang.
   
  • FotoREGANGAN...senaman otot betis.
  • FotoCANTIK...antara rangkaian kasut Scholl.
  • FotoSELESA...model kasut Scholl yang menggunakan teknologi Biomechanics.
  • FotoTERANG...Dr Chua menunjukkan kesan pemakaian kasut tinggi pada kaki.
  • FotoCHAN...kasut Scholl direka untuk memberi keselesaan.
Kasut tinggi, ketat, runcing dan tidak selesa boleh menyebabkan kesan kesakitan serta-merta dan jangka panjang kepada kaki si pemakainya.

Antara masalah kesihatan kaki yang sering berlaku kepada mereka yang hanya memakai kasut tinggi adalah bunion (hallux valgus). Keadaan ini berlaku apabila ibu jari kaki menjadi senget dan terarah ke jari kaki kedua, menyebabkan benjolan terhasil pada bahagian luar hujung kaki sebelah ibu jari.

Selain itu, akibat kasut yang sempit, tulang jari kaki lama-kelamaan akan membengkok merapat antara satu sama lain dan keadaan itu hanya boleh dibetulkan semula dengan menjalani pembedahan.

Masalah lain yang boleh wujud akibat pemakaian kasut tidak bersesuaian adalah kulit mengeras di beberapa bahagian kaki yang sering menerima tekanan seperti tapak kaki di bawah jari serta bahagian tepi hujung kaki.

Menurut Pakar Ortopedik Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Chua Yeok Pin, berkata ulser juga boleh terjadi sekiranya kaki luka dan melecet terutama di kalangan mereka yang mengalami penyakit kencing manis.

Pada masa sama, pemakaian kasut tinggi menolak badan ke hadapan dan apabila keadaan itu berterusan untuk jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan timbul masalah sakit belakang.

“Bukan saja kasut tinggi menyebabkan pergerakan menjadi terbatas, ia juga meletakkan tekanan pada bahagian sendi di bahagian kaki dan badan terutama pada bahagian lutut.

“Gejala lain yang wujud akibat pemakaian kasut tinggi adalah morton’s neuroma iaitu kesakitan akibat saraf bengkak atau menebal pada bola kaki, keradangan tisu tebal di bahagian bawah kaki (plantar fasciitis), pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund), jari bengkok (claw hammer), achilles tendonitis dan metatarsalgia,” katanya.

Dalam kecacatan Haglund, tisu lembut berhampiran dengan tendon achilles mencetuskan rasa sakit apabila pembesaran yang berlaku pada tulang di belakang tumit akibat pemakaian kasut tidak sesuai, bergosok pula dengan kasut.

Achilles tendonitis pula keadaan kesakitan dan keradangan tendon yang besar di belakang buku lali. Ia adalah kecederaan biasa yang cenderung berlaku di kalangan atlet.

Tendon achilles berlebihan boleh menyebabkan keradangan yang membawa kepada kesakitan dan bengkak. Ia dibezakan daripada satu lagi keadaan biasa tendon achilles yang dikenali sebagai achilles tendinosis.

Metatarsalgia pula adalah suatu keadaan yang menyebabkan kesakitan dan keradangan pada bahagian bola kaki. Seseorang mungkin mengalami metatarsalgia jika aktif mengambil bahagian dalam aktiviti membabitkan berlari dan melompat atau kerana memakai kasut tidak sesuai.

Dr Chua berkata, walaupun secara amnya tidak serius, metatarsalgia boleh membataskan pergerakan namun rawatan seperti ais dan rehat yang cukup selalunya boleh melegakan gejala metatarsalgia.

Katanya, melalui penggunaan kasut yang betul bersama-sama dengan pelapik menyerap kejutan dan hentakan, ia mungkin dapat mencegah atau mengurangkan masalah metatarsalgia.

“Semua masalah kaki berkenaan disebabkan oleh pemakaian kasut tinggi, runcing di hadapan, sempit dan ketat hingga ia mengubah bentuk kaki sebenar dan memberi tekanan pada bahagian sendi yang terdapat pada kaki.

“Ia seterusnya mengakibatkan rasa sakit yang keterlaluan selain kecacatan bentuk kaki hingga menyebabkan mereka yang mengalaminya menderita dan perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menjalani rawatan sepatutnya untuk memulihkan semula keadaan terbabit.

“Disebabkan pemakaian kasut tinggi adalah fesyen dan sukar untuk diubah, wanita dinasihatkan memakai kasut yang tidak terlalu tinggi atau hanya memakai kasut yang mempunyai ketinggian kurang daripada dua inci,” katanya.

Dr Chua turut menyarankan wanita supaya mengenakan kasut tinggi dalam tempoh sesingkat yang mungkin dan hanya mengikut keperluan, bukan semata-mata untuk kecantikan dan penampilan seksi.

Wanita dinasihatkan membawa bersama kasut kedua yang bertumit rendah dan dipakai pada tempoh yang lebih panjang seperti di pejabat dan ketika berjalan di luar.

Bagi memastikan kesihatan kaki berada pada tahap optimum, wanita atau sesiapa saja boleh melakukan senaman regangan sekurang-kurangnya dua kali sehari selama lima minit untuk fleksibiliti otot betis, bagi memberi kestabilan pada tubuh.

Cara senaman berkenaan dilakukan adalah dengan melakukan aksi menolak dinding dengan satu kaki di hadapan dan satu di belakang dengan tapak kaki rapat ke lantai.

Selain itu, cara lain yang boleh dibuat adalah dengan duduk menjulur kaki dan menggunakan tuala untuk menarik tapak kaki atau berdiri separuh tapak di anak tangga lalu mengimbangkan diri menggunakan sebahagian depan tapak kaki.

Senaman itu sangat berguna kepada mereka yang banyak berdiri atau memakai kasut tinggi namun paling baik adalah dengan menukar kepada kasut yang lebih selesa.

Menurutnya, daripada kajian yang dijalankan dan temuramah dengan 400 wanita, didapati 18 peratus daripada mereka mengalami kecacatan bentuk kaki akibat kasut ketat, menunjukkan pemakaian kasut selesa sememangnya memainkan peranan sangat penting untuk kesihatan kaki.

“Keadaan kecacatan kekal atau kesakitan yang berlaku pada kaki akibat pemakaian kasut tinggi bertahun lamanya hanya boleh dirawat melalui pembedahan,” katanya.

Pemakaian kasut yang selesa, saiz tepat dan mempunyai sokongan juga penting kerana ia membantu tulang kaki berada dalam kedudukan lurus ketika berjalan seterusnya menjaga postur badan keseluruhan dan mengelak masalah kesihatan lebih serius timbul.

Paling baik adalah memakai kasut diperbuat daripada kulit kerana ia lebih serasi dengan kaki, ruang kaki yang lebih luas pada bahagian depan, memilih kasut yang anjal, tidak terlalu lembut dan mempunyai pelapik.

Menurutnya, waktu paling baik adalah membeli kasut pada lewat petang iaitu sekitar jam 5 petang dan 6 petang terutama kepada pesakit kencing manis dan darah tinggi kerana kaki lebih besar ketika itu.

“Apabila memakai kasut, kaki perlu masuk dengan elok dan terus muat. Itu menandakan kasut itu sememangnya saiz yang tepat. Jangan beli kasut dengan harapan ia akan muat selepas beberapa kali memakainya.

“Perlu jaga kaki bermula usia awal 20-an untuk mengelak masalah. Pakai kasut yang mempunyai kesan merawat setiap hari termasuk di rumah. Jika tidak selesa memakai kasut merawat pada awalnya, jangan putus asa sebaliknya cuba untuk masa yang singkat setiap hari hingga beberapa minggu bagi menyesuaikan diri,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan Kasut Reckitt Benckiser, Chan Cheng Hwee, berkata kehadiran kasut jenama Scholl di pasaran adalah bagi memberi alternatif kepada pengguna yang lebih mementingkan keselesaan dan kesihatan kaki berbanding fesyen atau mereka yang mahukan kasut yang dapat membantu melegakan masalah kaki.

Scholl mula memperkenalkan kasut yang mampu memberi kelegaan pada kaki sejak 1950 dan hingga kini model kasut itu masih ada dalam pasaran.

“Kami juga memperkenalkan model Scholl Biomechanics Orthotic yang mempunyai tapak mengikut bentuk semula jadi kaki dan memberi sokongan padu pada beberapa bahagian utama tapak supaya ia tidak ‘jatuh’ dan memberikan keselesaan pada kaki secara keseluruhannya.

“Kasut Scholl dengan tapak ini juga mampu meluruskan kembali tulang di bahagian tumit kaki dan ini membuatkan kaki berjalan lurus dan boleh bergerak dengan lebih fleksibel,” katanya.

Menurutnya, pengenalan model itu tiga tahun lalu mendapat sambutan hangat di beberapa negara termasuk Hong Kong dan Thailand kerana ia juga memberi sokongan kepada belakang tubuh.

Chan berkata, jenama terbabit bukan saja mengeluarkan kasut yang selesa tetapi menepati cita rasa terkini orang ramai yang sememangnya menggemari kasut yang bergaya dan dapat disesuaikan dengan pelbagai majlis.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce