Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Friday, October 12, 2012

Safee..lupakan Piala AFF Suzuki 2012

SAFEE terpaksa melupakan hasrat beraksi pada Piala AFF Suzuki November depan.


PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) digantung sementara oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan yang mendapat tempiasnya ialah penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan beliau telah menerima salinan surat penggantungan tersebut daripada PSSI yang turut melibatkan setiap pegawai dan pemain kelab Liga Super Indonesia.
Pemain yang bernaung di bawah Pelita Jaya juga tidak dibenarkan beraksi dengan skuad kebangsaan.
Menurut Azzuddin, berita buruk itu jelas memberikan impak kepada skuad kebangsaan yang terpaksa melupakan khidmat bekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali.
Ini kerana kelab yang diwakili Safee, Pelita Jaya turut berada di dalam senarai penggantungan yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak negara jiran tersebut.
“Benar, laporan semalam (kelmarin) hanya menyentuh mengenai penggantungan kelab. Tidak menyentuh pasal isu pemain.
“Tetapi awal pagi tadi (semalam), saya telah menerima satu surat daripada PSSI yang mana mereka telah mendapat surat penggantungan daripada FIFA.
“Setiausaha Agung PSSI, Halim Mahfudz mengesahkan pengiriman salinan surat tersebut kepada FAM.
“Ini bermakna Safee tidak dapat mewakili Malaysia sehingga PSSI bersidang pada satu Kongres mereka hujung tahun ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Semalam, akhbar Kosmo! melaporkan, Azzuddin mengesahkan khidmat Safee tidak terjejas ekoran penggantungan 25 kelab di bawah naungan PSSI.
Ia gara-gara PSSI tidak mengiktiraf Liga Super Indonesia yang didakwa sebagai ‘liga haram’.
Sebaliknya, kepimpinan baharu PSSI yang diterajui Djohar Arifin Husin mengiktiraf Liga Premier Indonesia (IPL) dan bukannya ISL.
Kemelut dalaman itu mendapat perhatian serius daripada FIFA yang menegaskan bahawa badan bola sepak dunia itu mahu persatuan bola sepak republik tersebut menyelesaikan ‘isu’ liga utama mereka pada Mac lalu.
Mengulas lebih lanjut, Azzuddin mengakui kesal dengan kemelut dalaman PSSI yang melibatkan khidmat Safee, sekali gus dilihat memberikan tamparan kepada skuad kendalian Datuk K. Rajagobal.
“Saya agak terkejut selepas mendapat laporan itu. Saya terus menghubungi PSSI dan meminta penjelasan daripada mereka.
“PSSI menjelaskan yang mereka sudah mendapat surat penggantungan yang dikeluarkan secara rasmi oleh FIFA.
“Malah, satu salinan surat tersebut telah diberikan kepada Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay.
“Justeru, dukacita dimaklumkan bahawa kita tidak dapat menggunakan khidmat Safee sebelum PSSI bersidang hujung tahun ini,” katanya.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce