Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, September 20, 2012

Pembangunan masa akan datang di Malaysia






Sebuah bangunan tertinggi di Malaysia akan dibina berhampiran Stadium Merdeka pada kos RM5 bilion yang dijangkakan akan siap pada tahun 2015 yang dinamakan di dalam projek yang dikenali sebagai Warisan Merdeka.
Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya itu dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa. Bangunan di Dubai itu berukuran 828 meter tinggi dengan 160 tingkat.
Bangunan baru itu mungkin menandingi bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 yang setinggi 101 tingkat dan 509 meter. Bangunan baru yang bakal dipelopori oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) itu dijangkakan menandingi bangunan Menara Petronas yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1998 dengan 452 meter dan 88 tingkat.
Bangunan itu akan dibina di tanah seluas 7.2 hektar milik PNB yang terletak berhampiran Stadium Merdeka dan tapak bekas Penjara Pudu.
Pendedahan projek yang bakal menjadi satu lagi ikon pembangunan Malaysia itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat petang tadi.
Sebelum ini, perancangan membangunkan tanah milik PNB itu pernah timbul apabila pengumuman mengenai pembangunan kawasan kediaman kondominium kelas mewah dan plaza-plaza membeli-belah yang dianggarkan menelan kos RM3 bilion. Dan kini dijadikan projek pembinaan bangunan tertinggi di Malaysia.
Pendedahan oleh Najib telah memberikan reaksi yang berbeza di kalangan pakar ekonomi dan hartanah. Ramai daripada mereka melihat penekanan pembangunan fizikal di era Najib dilihat mengabaikan pembangunan modal insan yang sangat diperlukan selepas melalui era Tun Mahathir yang sudah rancak dengan pembangunan fizikal yang segera. Kini, Najib melakukan sekali lagi pembangunan fizikal dengan harapan projek-projek mega ini akan memberi peluang pekerjaan segera walaupun mungkin manfaatnya singkat.
Bagi perunding hartanah pula, mereka rata-rata bimbang dengan Kuala Lumpur bakal menghadapi masalah hartanah komersil yang disifatkan bakal menghadapi keadaan belon hartanah dan melebihi permintaan dalam masa 5 tahun akan datang.
Ini adalah kerana selain projek Warisan Merdeka ini, banyak lagi projek-projek pembangunan hartanah di Kuala Lumpur juga rancak dirancang dan dijalankan seperti Zon Kewangan KL 85 hektar yang bernilai RM26 bilion seperti di dalam Rancangan Malaysia ke-10, projek membangunkan tanah bekas lokasi Penjara Pudu oleh UDA, pembangunan komersil bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi dan juga projek menaiktarafkan Pusat Perdagangan Dunia MATRADE.-KLToday.com

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce