Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Friday, October 19, 2012

Sarapan yang membina otot


WALAU bagaimana sibuk dan tergesa-gesa pun rutin pagi anda, cubalah untuk mengambil sarapan yang sihat. Pakar nutrisi menyarankan gandingan tiga biji telur, sepotong buah dan semangkuk bijirin gandum sebagai kombinasi terbaik protein dan karbohidrat.



Jika biasa memulakan pagi dengan bersenam, seseorang perlu mengambil protein dan karbohidrat kira-kira 30 hingga 60 minit sebelum memulakan senaman. Meskipun percaya pada tenaga yang diberikan dalam segelas jus buah dan serbuk minuman zat, makanan berprotein dan karbohidrat diperlukan juga.
Salah satu sebab utama dua sumber itu penting sebelum memulakan senaman adalah supaya otot mendapat nutrisi yang diperlukan sepanjang aktiviti fizikal. Bersenam meningkatkan aliran darah. Maka, apabila nutrisi mencukupi, peredaran darah itu akan membawa segala zat untuk digunakan bahagian tubuh yang memerlukan.
EKSTRA: Karbohidrat dalam jumlah yang sedikit membantu menyimpan tahap glikogen dalam hati dan ini membekalkan otot dan otak dengan 'makanan' yang diperlukan untuk ia berfungsi dengan baik. Sertakan juga buah-buahan atau sayuran dalam sarapan.
Pokok redakan resah
MUNGKIN ini pilihan semula jadi bagi mereka yang bosan mengambil pil dan ubat-ubatan hospital untuk menangani gangguan keresahan.
Spesies pokok dengan nama saintifik Piper methysticum dikenal pasti dapat memperlahankan aktiviti minda dan mengurangkan tekanan dan keresahan akibat kerja di pejabat, sekolah mahupun keresahan akibat cabaran bersosia.



Pokok yang dikenali sebagai Kava kava ini mudah ditemui di banyak negara pulau Polynesia termasuk Hawaii dan telah digunakan sejak berzaman lamanya sebagai herba mujarab.
Pada zaman dahulu, pokok yang mempunyai daun dan batang yang besar dan hijau ini dipercayai dapat mengurangkan kesan toksik akibat masalah pemakanan.
Namun, satu-satunya bahagian yang dimanfaaatkan pada pokok ini bagi tujuan perubatan adalah pada akarnya.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce