Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, October 18, 2012

Muzik pelengkap perkahwinan


Selain dijadikan terapi seni yang dapat merangsang minda seorang pendengar, muzik turut dijadikan pelengkap dalam sesebuah majlis perkahwinan.

DENNIS LAU


MEMETIK ungkapan daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan pincanglah lagunya.
Begitu juga dengan hiburan muzik dalam sesebuah majlis berprestij, ia sememangnya berkait rapat dengan naluri dan perasaan seseorang. Kedua-duanya ibarat pantai dan lautan yang mengalir dan bersatu.
Memang secara fitrahnya manusia begitu gemar berhibur. Adakalanya manusia terhibur apabila mendengar alunan muzik yang didendangkan dan ada juga yang terhibur apabila mendengar bunyian alam seperti deruan ombak, kicauan burung atau dentuman ombak yang menghempas pantai.
Bagaimanapun menurut Pengarah Urusan Mosaic Music Entertainment, Dennis Lau, muzik merupakan elemen penting yang dapat membangkitkan mood seorang pendengar mahupun penciptanya. Lebih-lebih lagi bila didendangkan pada hari paling bersejarah dalam hidup seseorang.

DENNIS berkongsi panduan mengenai pemilihan muzik dalam konsep perkahwinan bersama-sama bakal mempelai di The Wedding Hub, Petaling Jaya baru-baru ini.


Katanya, tidak lengkap rasanya sesuatu majlis perkahwinan yang dirai itu tanpa diiringi alunan muzik mahupun dendangan lagu oleh sebuah kumpulan muzik.
Selain dapat menghiburkan orang ramai, ia juga dapat menghidupkan suasana ceria pada majlis tersebut, termasuk pasangan mempelai dan para hadirin yang hadir.
"Apabila kita memfokuskan hiburan kepada muzik, sudah menjadi fitrah dalam kehidupan manusia untuk menyukainya. Sejak dulu lagi masyarakat Melayu khususnya menggunakan bunyi-bunyian seperti paluan gendang untuk melambangkan sesuatu keadaan.
"Manakala, dalam majlis perkahwinan pula, ia akan dihiasi dengan pukulan kompang dan seni silat yang diiringi dengan alunan muzik.
"Lazimnya, semua ini digunakan untuk menenangkan fikiran dan dijadikan pembawa ketenangan kepada para pendengarnya. Oleh itu, tidak salah sekiranya kita menjadikan muzik sebagai penghibur dalam sesebuah majlis perkahwinan, janji ia tidak melanggar batasan agama, bagi masyarakat Islam," ujarnya yang membincangkan peranan muzik dalam majlis perkahwinan.

MUZIK sememangnya menghidupkan suasana ceria sesebuah majlis perkahwinan.


Berkongsi panduan mengenai pemilihan lagu dalam konsep perkahwinan pula, jelas pemain viola ini, ia antara perkara pertama yang perlu diketahui setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
"Pasangan seharusnya terlebih dahulu tahu tentang idea dan konsep perkahwinan mereka. Ia bertujuan untuk memastikan setiap perjalanan majlis yang diaturkan itu berjalan dengan lancar, sekali gus menjadikan kenangan yang paling indah untuk diabadikan.
"Kemudian, pastikan orang yang anda hubungi, seperti perancang perkahwinan anda memahami konsep yang ingin diketengahkan, agar mudah untuk mereka membuat dan menyesuaikan lagu dan jenis muzik yang ingin dimainkan.
"Tidak salah sekiranya anda sendiri yang meluahkan pendapat dan nasihat bagi memudah segala perjalanan majlis yang dilakukan. Yang penting, dalam konsep pemilihan lagu, anda seharusnya mempertimbangkan faktor usia, profil dan cita rasa para tetamu yang dijemput. Takut nanti muzik yang didendangkan itu boleh mempengaruhi minda tetamu," jelasnya pada bengkel hiburan perkahwinan, berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tidak dinafikan, perkahwinan adalah hari yang paling bermakna dalam hidup setiap pasangan yang bakal bergelar raja sehari, dengan mengimpikan sebuah majlis yang boleh memberi satu kelainan.


"Mereka mengharapkan kesempurnaan dalam majlis yang bakal diadakan, lebih-lebih lagi menginspirasikan majlis yang ceria, diiringi oleh penghibur seperti kumpulan muzik, DJ atauhanya dendangan lagu semata-mata.
"Walaupun ramai yang bimbing tentang kos untuk mendapatkan perkhidmatan kumpulan muzik yang hampir mencecah ribuan ringgit, akan tetapi, ia tetap bergantung kepada bajet seseorang dan masih boleh dirunding.
"Pendapat saya, pasangan pengantin perlulah mengetahui profil ahli muzik yang akan diundang serta menerokai pengalaman persembahan mereka dengan terlebih dahulu.
"Paling penting, minta beberapa lagu untuk dipersembahkan secara langsung atau lihat sendiri contoh visual atau video klip yang pernah dilakukan mereka," nasihatnya sebelum memilih sesebuah kumpulan muzik.
Di samping itu juga katanya lagi, konsep perkahwinan yang bakal diketengahkan sebagai tema itu juga mempengaruhi genre muzik yang didendangkan.
Oleh itu, terdapat beberapa jenis muzik dan alat muzik yang sesuai untuk dijadikan tema dalam majlis perkahwinan anda. Antaranya seperti:
* Mengadakan resepsi perkahwinan di taman
Memerlukan sekumpulan orkestra kecil, dua orang pemain biola dan seorang cello. Manakala muzik yang sesuai dimainkan adalah jenis klasik.
* Dewan
Sekumpulan band, seorang penyanyi vokal, pemain keyboard, base, drum dan peniup saksofon. Pemilihan muzik yang sesuai dimainkan adalah jenis jazz, balada, latin, klasik dan evergreen.
* Hotel
Sekumpulan band, pemain biola, pemain keyboard, base dan peniup saksofon. Jenis muzik yang dimainkan juga melambangkan kemewahan konsep perkahwinan yang diketengahkan. Antaranya seperti jazz, latin, balada dan klasik.
* Rumah
Sekumpulan ahli muzik termasuk penyanyi vokal atau DJ. Lagu yang didendangkan juga adalah seperti lagu asli tahun 70an hingga 80an dan balada.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce