Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Friday, February 15, 2013

Peluang Seimbang MU & REAL MADRID




LONDON - Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho memberi amaran kepada rakan sejawatannya, Alex Ferguson bahawa skuad kendaliannya akan memalukan Manchester United di Old Trafford pada aksi kedua peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, 5 Mac depan.
Meskipun United berjaya mencuri satu gol ketika seri 1-1 pada aksi pertama di Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Mourinho tetap gembira dan berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Mourinho menjelaskan semuanya masih belum lagi berakhir buat anak-anak buahnya dan Real akan turun bermati-matian pada aksi kedua di gelanggang keramat United - Old Trafford nanti.
"Kami mampu menjaringkan gol di Old Trafford nanti, banyak kelab lain telah melakukannya pada musim ini," jelasnya.
"Namun tiada pasukan lain yang mempunyai potensi di jentera serangan seperti kami pernah bermain di sana.
"Apa pun saya masih tetap yakin kami mampu melakukannya (menjaringkan gol)."
Mourinho menjelaskan, United hanya turun dengan misi untuk seri sahaja di Santiago Bernabeu dan tidak akan bermain secara bertahan pada aksi kedua nanti.
"Saya tidak fikir United akan bermain secara bertahan seperti mereka bermain di sini (Santiago Bernabeu).
"Kami beraksi menentang sebuah pasukan yang lebih banyak bertahan berbanding gaya permainan sebenar mereka.
"Walaupun bermain dengan cara begitu, mereka masih lagi ada peluang untuk menang. Namun, mereka juga harus sedar bahawa Real Madrid juga boleh melakukannya di sana," katanya.
Sementara itu, bintang Real, Cristiano Ronaldo yang telah merekodkan gol ke-35 musim ini berkata: "Ia satu perlawanan yang sengit. United sangat kuat bertahan.
"Kami bermain dengan baik dan sepatutnya mendapat lebih banyak gol."
Pada aksi semalam, Danny Welbeck berjaya meletakkan United di depan pada minit ke-20 sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan buat Real berselang sepuluh minit kemudian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2KxJjVEJ2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce