Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Wednesday, November 21, 2012

10 kanak-kanak dipilih serta golf remaja Maybank




KETUA jurulatih Akademi Golf Saujana, Tony Maloney (kanan) melihat para peserta melakukan pukulan sempena pengenalan program golf remaja Maybank di Subang semalam.


SERAMAI 10 orang kanak-kanak dari seluruh negara yang berusia antara enam hingga 12 tahun telah terpilih untuk menyertai program golf remaja Maybank Champions Academy anjuran Maybank dengan kerjasama syarikat perundingan pemasaran sukan dan gaya hidup terkemuka, GlobalOne.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Maybank, Mohamed Adam Wee Abdullah, matlamat utama penganjuran program ini ialah untuk memberi latihan kepada generasi muda dalam menyerlahkan bakat mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
"Program ini membuka peluang yang besar kepada kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosial yang ingin mengasah bakat mereka dalam sukan golf.
"Siapa tahu, pemain daripada program ini akan menyinar pada Sukan Olimpik 2016 nanti," ujarnya kepada pemberita pada sidang akhbar di Hotel Saujana, Subang semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GlobalOne, John Eu berkata, kanak-kanak yang terlibat dengan program ini bukan sahaja didedahkan dengan sukan golf, malah penekanan terhadap pelajaran juga diambil kira.
"Calon-calon yang layak untuk mengikuti program ini telah melalui pelbagai peringkat saringan dan salah satu perkara yang kita tekankan sebelum pemilihan adalah pencapaian akademik mereka," katanya.
Selama tiga tahun, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan sukan golf di bawah seliaan pemain golf professional, Anthony L. Maloney.
Mereka juga akan menjalani latihan intensif sepanjang tahun setiap kali musim cuti sekolah.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce