Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, November 8, 2012

Sentuhan klasik bak bangsawan




RONA merah plum tampak menawan pada dres dan blaus si wanita.


DUDE & THE DUTCHESS kali ini memberi penghormatan kepada stail klasik menerusi persalinan yang memfokuskan kepada palet tanah. Potongan tajam dan fabrik nipis pula menjadi peranan utama setiap rekaan.
Dilancarkan pada bulan September lalu, koleksi The Other Side of Paradise yang diinspirasikan daripada novel The Great Gatsby itu memperlihatkan siluet tidak simetri dan keindahan perinciannya.
The Other Side of Paradise menceritakan tentang perkumpulan golongan bangsawan yang terdiri daripada pemain muzik jazz, artis, sasterawan, kerabat diraja, individu kreatif dan cendekiawan yang terlibat dalam tingkat sosial atasan, kesusasteraan atau politik.
Mereka berkumpul di zon eksklusif dilengkapi sofa baldu dan langsir material chintz dengan rambut dirapi ke belakang dan segak dalam kemeja hitam dengan lengan tidak berbutang berona kontra. Wanita bangsawan (duchess) pula kelihatan anggun dalam dres sifon berlisu berserta rantai mutiara panjang.
Mengangkat stail merentas zaman yang menyerlah ketika zaman 1920-an, paten dan fabrik ringkas dan elegan mengisi pentas utama koleksi kali ini dengan material direncana khas untuk setiap siluet.
Perincian lisu dapat ditemui pada kemeja, skirt dan baju (tops) manakala cetakan memukau ketara pada penghasilan jalur dan corak yang memberi ilusi optik. Fabrik nipis seperti sifon, georget dan jersi menambah sentuhan kelembutan kepada wanita manakala kapas dan twil menjadikan si lelaki segak dalam pakaian yang terletak dengan perincian kemas.

CETAKAN berjalur menyerlahkan gaya ringkas yang feminin.


Musim ini, penataan setiap warna kekal dibayangi fabrik yang menyerupai warna kulit daripada palet Stone Age yang terdiri daripada palet tanah, hijau zaitun, perang, merah jambu pudar dan merah plum.
Ia diiringi ton-ton mewah seperti kayu manis, madu keemasan dan mocha. Saduran rona-rona utama tersebut berjaya mencipta impak luar biasa sementara warna hitam menjadi pilihan yang selamat.
Setiap helaian item Dude & The Duchess koleksi baharu tersebut dijual pada harga antara RM129 sehingga RM299. Ia boleh didapati di beberapa butiknya yang terletak di Bangsar Village II, Empire Shopping Gallery, Tangs 1 Utama (hanya pakaian lelaki) dan Isetan KLCC (hanya pakaian wanita). Pembelian secara dalam talian juga boleh dilakukan melalui laman web www.dudeandtheduchess.com, fashionvalet.net dan zalora.com.my

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce