Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, November 8, 2012

Memancing ikan di hotel



KATAKAN sahaja, apa tarikan yang terdapat di pekan kecil Sekinchan, Selangor. Makanan eksotik, kawasan sawah padi yang terbentang luas, pembuatan bedak sejuk secara tradisional, hasil laut serta buah-buahan segar dan banyak lagi.
Semua ini pasti menggamit kehadiran pengunjung ke kawasan luar bandar yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur itu.
Kini, Sekinchan mempunyai satu lagi jenama baharu yang mampu dibanggakan iaitu Sekin Hotel & Resort milik usahawan tempatan, Datuk Jamal Md. Yunos. Nama restoran itu diambil daripada nama Sekinchan.
Resort yang dibuka pada Ogos lalu itu memanipulasi sepenuhnya perkampungan nelayan di situ dengan menukarnya menjadi satu produk pelancongan yang berdaya saing.
Lebih menarik lagi, pengunjung boleh membeli udang bersaiz XL pada harga RM50 sekilogram sahaja berbanding harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 daripada nelayan yang baru mendaratkan hasil tangkapan di jeti ikan yang terletak bersebelahan hotel tersebut.
Menurut Jamal, di Sekin Hotel juga terdapat Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sememangnya sudah terkenal di Lembah Klang.
Sejak cawangan pertama restoran itu dibuka di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada tahun 2010, ia telah memiliki 18 cawangan setakat ini.
“Restoran ini membolehkan pengunjung menikmati makanan laut seperti ikan, udang dan sotong segar pada harga yang berpatutan,” kata Jamal yang juga pemilik rangkaian restoran berkenaan.
Ujar usahawan berusia 40 tahun ini lagi, hasil laut itu dibeli secara terus daripada nelayan di Pantai Remis, Kuala Selangor dan Sekinchan di Selangor serta Hutan Melintang di Perak.

JARANG hotel dan resort yang menawarkan perkhidmatan memancing ikan dan memasaknya terus.


Pancing
Tutur Jamal dengan nada teruja, pengunjung boleh cuba memancing ikan di kolam yang terdapat di kawasan hotel itu. Kolam itu menempatkan kira-kira 50,000 ekor ikan jenis jelawat, tilapia serta patin.
“Dengan bayaran sebanyak RM15 untuk seorang pelanggan, mereka dibenarkan memancing dua ekor ikan pelbagai saiz.
“Harga itu termasuk upah memasak di restoran tidak kira masak kukus, pedas atau masam manis,” katanya.
Penulis bertanya adakah boleh memancing lebih daripada dua ekor ikan, Jamal hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Bagaimanapun, usah khuatir jika anda berfikir sukar untuk menaikkan ikan.
Dengan bilangan ikan yang begitu banyak, sebenarnya sangat mudah melakukannya walaupun pengunjung bukan kaki pancing, kata Jamal.
“Tekstur ikan segar itu begitu lembut serta manis isinya,” kata Jamal yang berasal dari Kampung Sungai Leman, Sekinchan.
Selain itu, di sini terdapat menara tinjau yang jarang ditemui di hotel serta resort lain.
Menurut Jamal, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan jajaran sawah padi, jeti nelayan, lautan serta pekan Sekinchan.
Ternyata, pemandangan dari menara itu cukup indah terutamanya pada waktu senja dan malam.

LAUTAN kaya dengan sumber alam yang tidak ternilai.


Menara besi setinggi 24 meter itu menyajikan pemandangan laut Selat Melaka yang merupakan laluan kapal paling sibuk di dunia di samping kehijauan sawah padi dan kedamaian perkampungan tradisional Melayu di situ.
Di aras puncak menara itu, diletakkan tiga buah meja bulat dan beberapa buah kerusi untuk pengunjung melepaskan lelah setelah mendaki kira-kira 100 anak tangga.
Alunan serta tiupan angin dari Selat Melaka pasti membuai perasaan.
“Walaupun pada waktu tengah hari dengan simbahan cahaya panas matahari, suhu di menara ini tetap dingin,” katanya.
Kejar ayam
Tutur Jamal, tarikan lain yang terdapat di situ ialah perkhidmatan bot yang disewa khas untuk pengunjung.
“Ini membolehkan mereka merasai kehidupan sebagai nelayan dengan melihat aktiviti menjala dan memancing ikan.
“Malah, mereka boleh menikmati persekitaran laut yang luas dan indah,” katanya.
Menurut Pengurus Jualan dan Operasi Sekin Hotel, Harun Anwar Zaini, 45, resort itu turut menyediakan aktiviti berkumpulan seperti makan di dalam talam, mengejar ayam kampung serta melihat cara penanaman padi.
MENARA tinjau setinggi 24 meter membolehkan pengunjung menyaksikan panorama sawah padi dan pekan Sekinchan.


“Biasanya kita makan sahaja ayam kampung dan nasi tetapi tidak mengetahui betapa sukarnya untuk membela ayam atau menanam padi.
“Aktiviti menangkap ayam kampung biasanya dilakukan pada waktu senja kerana haiwan itu rabun pada masa itu.
“Ada juga aktiviti menangkap ikan di lumpur sawah. Jangan terkejut kerana ia ditangkap dengan tangan kosong tanpa bantuan peralatan seperti jala atau tangguk,” ujarnya.
Kata Harun, jarang orang bandar dapat menikmati sambal belacan serta ulam-ulaman kampung tetapi ia pasti ada di resort berkenaan.
“Pelancong asing juga ramai yang menyukai sambal belacan,” ujarnya sambil ketawa.
Beliau memberitahu, hotel itu sedang merancang untuk membina kolam renang dan taman tema air.
“Kami bukan sahaja ingin menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian bahkan hab kepada pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, permainan paintball dan karaoke,” katanya.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce