Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, November 8, 2012

Jubah eksklusif Naini Kifli

GABUNGAN jubah dan tudung ringkas sudah cukup untuk menyerlahkan keayuan wanita Islam.


HADIR dengan persalinan istimewa khas buat wanita yang tampil menutup aurat, butik kelolaan dua beradik, Nina Zulkifli dan Jida Zulkifli memberi penekanan kepada jubah dengan perincian manik-manik dari Korea dan Indonesia.
Dijahit kemas pada bahagian tertentu, pemilihan manik itu dilakukan kerana ia lebih tahan lama selain warnanya sukar luntur dan kusam.
Tidak mahu sarat dengan jemeki berlebihan, setiap butiran hanya menggunakan manik bersaiz kecil dan kemasan hanya pada bahagian tumpuan seperti pergelangan tangan dan bahagian hadapan jubah.
Menurut Nina, fabrik sifon dan sutera sifon banyak digunakan pada koleksi terbaharu ini kerana ia mudah digayakan selain rekaan tampak mewah dan eksklusif.
“Tambah istimewa, setiap busana hanya dihasilkan dengan satu rekaan dengan satu saiz sahaja bagi mengekalkan ciri eksklusif koleksi ini,” ujarnya ketika ditemui oleh Stailo baru-baru ini.
Lari daripada kebiasaan rekaan jubah dengan rona polos, butik itu juga menawarkan busana yang menggunakan fabrik corak flora dengan mainan warna fuschia.
Pemilihan rona diberi penekanan utama kerana mahu relevan dengan cita rasa fesyen terkini. Setiap rekaan diberi biasan warna kontra untuk tampil kelainan kala bergaya.
WARNA kontra mengisi koleksi busana terbaharu di butik ini.


“Wanita bertudung tidak banyak aksesori yang boleh digayakan. Oleh kerana itu, mereka harus bijak memilih rona yang lebih berani dan menarik,” jelas Nina.
Dalam masa yang sama, butik Naini Kifli turut memperkenalkan pemakaian turban yang disuaipadankan dengan selendang atau tudung. Penggunaan material daripada kain net dan sifon turut diserikan dengan kemasan jemeki ringkas dan rona senada.
Setiap jubah boleh didapati dengan harga antara RM299 hingga RM899, manakala turban dan tudung pula berharga antara RM39 dan ke atas. Ia juga beroperasi secara dalam talian menerusi laman sesawang rasminya iaitu www.nainikifli.com.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce