Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, November 22, 2012

Norshahrul tiada dalam senarai The Red Warriors 2012/2013



KAFA membuat ketetapan untuk tidak menyenaraikan nama Norshahrul dalam skuad The Red Warriors musim depan.


KELANTAN akan mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan tanpa kelibat penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat ketetapan untuk tidak menyenaraikan nama Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo dalam skuad The Red Warriors.
Perkara tersebut disahkan oleh presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis Perarakan Tiga Piala dan Memperkenalkan Pemain skuad The Red Warriors 2013 di Dataran Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.
Annuar berkata, pengurusan KAFA telah sepakat untuk melepaskan Mat Yo bagi berhijrah ke pasukan baharu setelah meneliti segala aspek seperti keperluan pasukan dan keinginannya sendiri untuk meninggalkan pasukan.
Menurutnya, pihaknya menghormati keputusan Mat Yo dan dia telahpun menghantar surat tamat kontrak untuk tidak lagi bersama pasukan untuk musim hadapan.
“Mat Yo sudah batalkan kontrak dan kami setuju untuk lepaskan. Selebihnya akan diuruskan oleh pihak peguam yang dilantik dan mempunyai pengetahuan dalam bidang sukan untuk menguruskan hal tersebut agar ia dapat diselesaikan secara ‘menang-menang’.
“Perkara itu sudah jelas, saya tidak mahu lagi menghangatkan isu Mat Yo, biarlah kami lepaskan dia supaya kami dapat memberikan tumpuan untuk mantapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan,’’ katanya.
Terdahulu, Annuar bersama Ketua Pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi dan barisan pemain, mempersembahkan ketiga-tiga piala yang dimenangi kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Majlis Santapan Malam di Hotel Renaissance.
Bagi menghadapi saingan musim hadapan, KAFA menampilkan lima muka baharu iaitu K. Nanthakumar (Perak), Muhammad Izuan Solahuddin (Harimau Muda A), Zairol Anuar Zailani dan Mohd. Faiz Subri (T-Team) serta Norhadi Ubaidillah.
Bagaimanapun pemain yang bakal menyarung jersi nombor 9 dan 28 masih dirahsiakan KAFA.
Selain Mat Yo, Kelantan turut melepaskan empat pemain iaitu Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S. Chanturu (Perak) serta Nurul Azwan Roya (Johor).
Dalam pada itu, The Red Warriors mengekalkan hampir 95 peratus pemain asal antaranya Mohd. Badhri, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Dausu Jamaludin, S. Subramaniam, Mohd. Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad, Obinna Nwaneri manakala Muhammad Ghaddar masih lagi dalam perbincangan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Annuar mengakui penghijrahan Mat Yo memberi kesan besar daripada aspek penajaan kepada pasukan untuk musim hadapan.
“Sebahagian besar penaja sudah tidak lagi mahu menyambung penajaan mereka dan penaja-penaja yang terdapat pada jersi pasukan kemungkinan besar sudah tidak ada lagi pada musim hadapan.
“Saya anggap ini masalah yang perlu kita selesaikan sama ada memujuk kembali penaja-penaja atau mencari alternatif lain. Kalau terpaksa hilang kita terpaksa terima hakikat ini,” katanya.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce