Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Thursday, November 8, 2012

Item wajib setiap jejaka





FRASA lelaki sejati memakai hitam berkemungkinan boleh dipersetujui ramai. Malah, pada tahun 1990, kumpulan muzik bergenre R&B/funk, Cameo turut meminjam kenyataan Real Men... Wear Black sebagai tajuk album mereka.
Apakah kuasa yang terkandung dalam warna pilihan jejaka itu? Jawapannya mudah, ia satu rona ringkas yang mampu mengekspresikan 1,001 gaya lelaki tanpa bantuan warna lain.
Hitam sudah mampu membentuk personaliti maskulin seorang lelaki.
Apa jua jenis pakaian berwarna hitam pasti menjadi pilihan lelaki di serata dunia, begitu juga Malaysia. Namun sayangnya, kecenderungan itu tidak kelihatan pada pemilihan sut. Segelintir sahaja menyedari aura sut hitam, manakala selebihnya lebih teruja menyarungkan sut berona terang khususnya golongan selebriti lelaki tempatan.
“Artis-artis lelaki kita sukakan pakaian atau sut berwarna terang dan yang berkilat. Bagi mereka, sut hitam bakal membuatkan mereka tampak bosan dan tidak menyerlah di karpet merah.
“Di sinilah silapnya mentaliti yang mereka pegang. Cuba teliti pemakaian selebriti lelaki Hollywood. Majoriti mereka selesa menggayakan sut hitam. Ia mungkin kelihatan ringkas, tetapi kebijaksanaan suai padan dan potongan yang sempurna mampu menciptakan penampilan eksklusif.
“Sewajarnya, artis lelaki yang datang berpasangan perlu tampil ringkas dengan sut hitam. Selebriti wanita memang tidak dinafikan perlu bergaya sehabis baik bagi menangkap perhatian sekeliling. Lelaki pula perlu menjadi pelengkap kepada gaya wanita dan memakai sesuatu yang tidak keterlaluan.
“Pakaian lelaki tidak dinilai semata-mata pada kecantikannya, malah lebih kepada penonjolan karakter yang diserlahkan. Oleh yang demikian, jika anda diberi tajaan sekalipun, pastikan pakaian tersebut bertepatan dengan personaliti diri,” demikian pesanan bernas yang diutarakan pereka fesyen prolifik, Bon Zainal.
Sebagai ‘raja sut lelaki’, Bon cukup arif tentang identifikasi persalinan rasmi jejaka itu. Menyifatkan bahawa sut hitam adalah item wajib ada dalam setiap almari lelaki, ujar Bon, ia menjadi pilihan mudah dan terbaik sekiranya anda mengalami masalah memilih pakaian bersesuaian.
JAKET hitam denim mirip kulit buaya tampak ranggi dipadankan bersama jean kain kapas ini.


Kuasa sut hitam terletak pada keseluruhan aspek yang dibawanya. Selain menjadi pendamping untuk acara formal, ia boleh diolah untuk disesuaikan ke majlis kasual dan santai.
Segak seorang jejaka dalam sut hitam akan lebih mantap dengan potongan dan saiz yang tepat. Sut hitam klasik kebanyakannya tertumpu kepada potongan slim yang amat sesuai bagi jejaka bertubuh segak. Keseimbangan bahagian atas dan bawah juga perlu sesuai dengan bentuk badan.
Selain itu, warna hitam sebenarnya boleh dipecahkan kepada beberapa tona warna. Sut hitam boleh diterjemahkan menerusi rona hitam arang, karbon, ebony, ivory, onyx, matte dan banyak lagi.
Memilih sut hitam
Apabila memilih sepasang sut hitam, apa yang perlu diambil kira adalah jenis butangnya. Sut hitam berbutang sebaris (single breasted) adalah pilihan terbaik dan seelok-eloknya yang mempunyai dua butang. Terdapat juga sut single breasted berbutang tiga dan empat tetapi, ia bergantung kepada fizikal dan ketinggian seseorang.
Sut hitam silang pangkah (herringbone), mirip kulit atau hitam bertekstur antara gaya yang boleh dibentuk menerusi persalinan merentas zaman tersebut. Hentikan stigma bahawa sut hitam hanya menepati tema pakaian acara formal kerana ia mampu digayakan lebih daripada itu.
“Sepasang sut hitam boleh membentuk 10 hingga 15 gaya yang berbeza. Anda boleh hapuskan formaliti dengan mengenakan jaket hitam bersama seluar putih atau kelabu.
“Jean juga sepadan dengan jaket atau blazer hitam. Sekiranya mahu penampilan santai tetapi kemas, sarungkan baju T leher V warna putih dan lengkapkan bersama jaket hitam.
“Anda perlu kreatif dengan sut hitam. Cukup dengan satu sut, anda boleh mencipta pelbagai gaya tanpa perlu gusar komen orang ramai.
“Tiada siapa akan menegur anda memakai sut hitam berulang kali. Paling penting, suai padan dan bijak mengatur gaya berlainan,” jelas Bon yang memiliki 12 koleksi sut hitam pelbagai stail dan potongan.
Tambah Bon, kasut hitam menjadi pilihan terbaik bagi sut hitam. Stoking pula perlu dipadankan mengikut kesesuaian majlis. Acara formal lebih sesuai dengan stoking hitam, sporty pula tampak menarik bersama stoking putih dan baju T putih, ibarat gaya sinonim Raja Pop Dunia, Michael Jackson.
Bagaimanapun, semuanya berbalik kepada kehebatan warna hitam yang padan dengan semua rona. Campurkan apa sahaja warna bersama hitam, ia sama sekali tidak akan bercanggah.

BON Zainal (dua dari kanan) memiliki 12 koleksi sut hitam peribadi pelbagai stail dan potongan.


Tatacara gaya
Selepas sut hitam segak disarungkan, jangan rosakkan keseluruhan penampilan dengan kesilapan penggayaan rambut. Pesona sut hitam perlu disokong gaya rambut yang kemas dan rapi.
Ujar Bon: “Sut hitam ke acara formal perlu disertakan bersama gaya rambut dirapi menggunakan gel. Selalunya, rambut disikat ke belakang (slick back) dengan gaya kebasahan (wet look) menjadi pilihan sempurna penampilan ini.
“Bergaya bersama jaket hitam bagi acara kasual pula memerlukan rambut ringkas dan rileks. Tidak salah jika jejaka berambut panjang mengikat rambut mereka seperti gaya ekor kuda.”
Satu lagi elemen perlu dititikberatkan kaum Adam di luar sana adalah penjagaan badan. Sememangnya diakui, hitam mampu memberi ilusi fizikal bentuk badan yang besar menjadi lebih kecil. Namun, perut buncit dan lemak berlebihan pada kawasan tertentu seperti pinggang dan punggung, secara terang-terangan mencacatkan penampilan.
Lelaki dinasihatkan menjaga bentuk badan agar sut hitam yang disarungkan mampu menyerlahkan penampilan luaran sempurna. Untuk kelihatan segak dan kacak, ia perlu seimbang dari segi pemilihan pakaian dan usaha menjaga bentuk badan.

No comments:

Dapatkan segera!!!

Preview Video Borong Murah di CHINA!

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-commerce