Seminar Hartanah

Bisnes Import Dari China

I want to Sell Online!!!

Sitegiant E-Commerce
Selamat Datang Ke blog TeRsEbUt AL-KiSaH

Followers

Pages

Wednesday, November 21, 2012

Siakap + sayur bersos


KAN antara hidangan yang mesti ada dalam menu harian. Jarang sekali makanan kaya protein ini tidak disukai lebih-lebih lagi terdapat pelbagai jenis masakan ikan dalam aneka gaya seperti dibakar, digoreng, disalai dan direbus serta dijadikan masakan berkuah seperti kari, masak lemak, singgang dan asam pedas.
Terdapat dua jenis ikan di pasaran iaitu kurang lemak dan ikan berlemak.
Siakap, kerisi, merah, kerapu dan jenahak dikategorikan sebagai kurang berlemak manakala jenis ikan berlemak seperti kembung, cencaru, bawal, tenggiri dan selar kuning yang menyimpan lemak dalam tisu badan.

Memastikan pengambilan ikan dalam makanan harian sangat penting kerana ikan membekalkan di antara 60 hingga 70 peratus protein yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang berfungsi membina tisu, kulit, rambut dan kuku serta baik untuk otak dan jantung. 
Menurut Eksekutif Sous Chef, PNB Darby Park, Ashar Daud, kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan ramai pengguna melebihkan pengambilan ikan dalam menu harian mereka. 
Ikan laut dalam misalnya mempunyai kandungan nutrisi lebih tinggi daripada ikan air tawar selain membekalkan asid lemak, vitamin dan mineral serta rendah kalori dan lemak.

“Apa yang penting adalah mempelbagaikan menu harian kerana banyak cara memasak boleh dilakukan bergantung kepada jenis ikan,” katanya yang menunjukkan cara memasak siakap bersama sayur-sayuran.

Bagi mereka yang mahu membeli ikan, beberapa perkara boleh dijadikan panduan.
Antaranya, memerhatikan warna insang ikan. Ikan yang baik dan segar, lazimnya mempunyai insang berwarna merah bukannya hitam atau lebam. Jika ikan bersisik pula, pastikan sisiknya masih penuh dan tidak mudah tertanggal.


Bahannya:
  • 160 gram isi siakap 
  • 30 gram brokoli 
  • 30 gram lobak merah 
  • 30 gram lada benggala merah 
  • 15 gram daun selada air 
  • 15 gram kubis ungu 
  • 10 gram tauge 
  • 10 mililiter minyak jagung 
  • 20 gram mentega 
  • 5 gram garam 
  • 5 gram serbuk lada putih


    Cara penyediaan:
  • Celur brokoli, lobak merah dan lada benggala sehingga separuh masak dan tumis menggunakan mentega.
  • Gaul daun selada air, kubis ungu dan tauge bersama minyak jagung dan tambahkan perasa.


    Bahan sos: 
  • 100 mililiter jus lobak merah 
  • 5 gram cili padi cincang 
  • 10 gram serai cincang 
  • 10 gram bawang merah cincang 
  • 10 gram daun limau purut cincang 
  • 30 gram mentega 
  • 30 mililiter krim 
  • 20 mililiter jus limau nipis 
  • 5 gram garam 
  • 5 gram serbuk lada putih
  • No comments:

    Dapatkan segera!!!

    Preview Video Borong Murah di CHINA!

    I want to Sell Online!!!

    Sitegiant E-commerce